One More click

Saturday 19 October 2013

Misteri Burung Besar Berwarna Hitam

Ini bukan gambar rumah kakak saya
 
Selepas tamat kerja dekat Pasir Gudang saya balik tempat asal saya balik. Lepas itu setahun kemudian saya pergi kerja dekat Johor balik. Kali ini saya duduk dekat umah kakak saya dekat Tampoi.

Malam/pagi pertama saya sampai dekat rumah kakak saya, saya tidur dekat satu bilik.  Kejadian terjaga tengah malam/pagi pun terjadi lagi, kali ni saya terbangun sebab saya terdengar bunyi burung yang banyak seperti bunyi burung walit, punya la bingit.


 
Saya terjaga dan bila saya tengok dekat dinding saya nampak seekor burung hitam yang sangat besar, burung ini sedang berkepak dan bunyinya sangat  bising. Saya dah rasa lain macam, takkan ada burung sebesar tu boleh masuk dalam bilik yg berkunci, saya pun macam biasa, baca ayat Kursi, hilanglah dia dari pandangan saya.

Saya pun rasa tersangatlah lega, saya bangun buka lampu bilik. Baru saya nak rasa selesa tiba tiba bekalan elektrik terputus  pula. Terus rasa seram sejuk. Saya cuba bertahan tapi akhirnya terpaksa juga saya keluar dari bilik dan ketuk  pintu bilik kakak saya.

Kakak saya dan suaminya pun bangunlah. Bila diorang bukak pintu  terus lampu menyala balik. Mengada-ngada betul ‘burung’ hitam besar tu.

 

Thursday 17 October 2013

Misteri Tasik Layang-Layang

Sambungan dari entri Misteri Asrama.

Setelah habis belajar dekat sekolah orang kaya itu, saya  dah tak pernah nampak-nampak atau  jumpa-jumpa atau seumpama dengannya sewaktu saya sambung belajar.
 
Bila saya mula kerja dekat Johor (dekat sana banyak hantu kot), episod-episod seram bermula lagi. Masa saya kerja dekat Pasir Gudang, saya duduk rumah sewa dekat Taman Mawar yang dekat dengan tempat orang main layang-layang.
 
Bila cuti, saya rajin jalan-jalan dekat tasik itu dengan kawan-kawan serumah. Salah seorang kawan saya tu ada seorang rakan yang abangnya pernah lemas dekat tasik itu dan meninggal dunia. Pada saya tasik tu cantik. saya suka duduk dekat bangku tepi tasik tu.
 
Ini bukan gambar tasik layang-layang
Satu petang, saya duduk dengan kawan saya (berdua) dekat satu bangku kesukaan saya, saya pandang dekat tengah-tangah tasik dan saya nampak satu objek berbentuk kiub  yang saiznya lebih kurang kotak TV, timbul dekat tengah tasik tu, saya tanya kawan saya, dia nampak tak? Dia kata dia tak nampak apa apa. Pada masa tu, saya anggap sahaja yang  saya tersalah nampak.

Hari yang lain kitorang pergi memancing pula, tapi tak dapat ikan,bosan betul. Selain daripada kami yang memancing ada juga dua-tiga kumpulan lain. Salah satu kumpulan itu terdiri daripada mamat-mamat Indon. Bila mereka lihat saya tak dapat ikan, mereka dermakan salah seekor ikan yang masih hidup yang diletakkan dalam balang kepada saya. Saya bawa balik dan simpan ikan itu.
 
Malam itu saya tidur bertiga dekat ruang tamu, bawah kipas. Tengah malam itu saya tersedar (tapi tak buka mata lagi), saya rasa ada orang peluk saya (bukan himpit).

Saya yakin yang terpeluk saya tu ialah salah seorang rakan yang tidur sebelah saya. Dia ni mmg terkenal dengan tidurnya yang sungguhlah lasak. Saya bercadang nak buka mata dan marahkan dia.
Tapi.........Jeng! Jeng! Jeng!

Bila saya buka mata, yang saya nampak adalah 'sesuatu' yang berwarna putih, bahagian kepala atau mukanya berwarna kelabu (tak nampak rupa bentuknya) dan mengeluarkan bunyi seperti bunyi hembusan angin yang sangat kuat (bukan bunyi kipas), disamping itu kedua tangannya (atau apa-apa yangh dia ada), menekan kedua belah bahu saya dengan sangat kuat.
 
Saya pun apa lagi, mulalah membaca ayat Kursi sepenuh hati dan perasaan, akhirnya makhluk tu hilang bersama bunyiannya itu.

Saya pun segera bangun dan periksa seluruh rumah, belakang pintu dalam bilik air dan saya juga periksa sama ada pintu depan belakang berkunci atau tidak. Ini semua kerana saya ingatkan ada pencuri yang masuk ke rumah.
 
Hasilnya, saya dapati semua pintu berkunci termasuklah grillnya skali dan tak ada orang menyorok dekat mana pun, yang ada cuma rakan-rakan saya yang tidur dengan tersangatlah lenanya.

Sebenarnya, sekiranya seseorang itu selalu berhadapan dengan situasi sebegini, dia akan menjadi lebih berani. Sehinggakan saya berani jalan sorang2 pukul 2 - 3 pagi masa balik kerja (masa dulu la, sekarang tak buat dah). Kalau tak percaya cubalah jumpa dengan mana-mana makhluk halus.

Sunday 13 October 2013

Asrama-Pencuri Bawah Bantal

Gambar asrama yang pernah saya duduk waktu sudah bekerja


Malam-malam buta ini, saya teringat satu kisah yang menyakitkan hati waktu saya baru masuk tingkatan empat dekat sekolah anak-anak orang kaya.


Masa itu saya baru saja mendaftar sebagai Renjer Puteri, jadi kenalah beli baju seragam warna hijau muda. Saya pun bagitahu mak saya dan mak saya pun hantar duit melalui pos iaitu wang pos, zaman dulu-dulu mana ada 'internet banking' segala.



Ada hari tertentu akan ada van pos yang datang ke sekolah, jadi saya pun ajak lah seorang kawan se'dorm' dan kalau tak silap nama dia HUDA, temankan saya tukar wang pos dekat van merah pos tu. Huda tengok segala proses yang berlaku dan dia tahu saya ada banyak duit sebab mak saya baru hantar.



Saya tahu kalau duduk asrama kena hati-hati, wang kena jaga, kalau tidak boleh lesap. Jadi saya pun letakkan duit yang mak saya bagi itu dekat bawah bantal, tempat yang orang lain tak jangka. Memang duit saya selamat, siapa pun tak dapat nak curi. Tapi saya pula yang tak selamat.



Pada suatu hari, tiba-tiba ada 'spot check'. Ada anak dato' mana entah hilang 'walkman' dia yang harga ribu-raban. 'Warden' bongok yang di memanggil dirinya sebagai Bonda pun cepat-cepat suruh konco-konco tenuk dia untuk mengesan pencuri yang bertanggungjawab.



Kalau dah kena cari radio tu cari saja la radio yang nak sibuk cari benda lain tu apasal. Selepas selesai 'spot check', saya dipanggil oleh bonda bongok yang bahlul. 

Ada ke patut dia tuduh saya pencuri semata-mata sebab saya letak duit bawah bantal. Tenuk sangat ke saya kalau mencuri, lepas tu letak pulak hasil curian bawah bantal, lagipun yang hilang bukannya duit tapi radio, radio la Bonda, memang nama yang sangat tak sesuai dengan cikgu yang tak berapa cerdik. Ramai la pulak konco-konco Bonda bongok ni yang ikut je apa yang dia kata.



Untuk menegakkan benang yang kering, saya pun menjemput Huda untuk menjadi saksi kepada saya, bahawa duit yang ada bawah bantal saya itu adalah duit yang di kirim oleh mak saya. Tapi malangnya si Huda yang lebih tapir dari tenuk ini boleh pula mengkhianati saya. 

Dia boleh kata yang dia tak tau apa-apa. Masa itu saya rasa nak penerajang jer perut huda yang ala-ala putih dan sedikit gendut itu. Kalau yer pun tak mahu melibatkan diri jangan la sampai menginayai kawan.



Bonda bahlul siap temuramah saya pasal keluarga saya, mak bapa saya kerja apa, dan pelbagai soalan yang tak patut. Saya rasa sangat terhina kerana dituduh sebagai pencuri pada ketika itu.



Akhirnya setelah mendengar jawapan saya yang sangat jitu, saya dilepaskan dari tuduhan mencuri yang saya memang lansung tak buat. 

Tapi Huda, kao memang manusia paling tak guna yang pernah aku kenal. Aku harap kau menderita kerana kau suka mengkianati orang lain.



Owhhh! sungguh emosional saya malam ini.

Saturday 12 October 2013

Teka teki

Nak bagi teka teki:

1. how do u spell mouse trap with only three letters (sumber: buku tadika)

2. how du ya spell CANDY with only two letters (sumber: buku tadika yg sama)

3. teka teki peristiwa (yang telah diubahsuai):


Ini bukan sungai yang bakal diseberangi

Ada tiga ekor kerbau yang hendak menyeberangi sebatang sungai. Di dalam sungai ini ada tiga ekor buaya yang suka memakan daging di bahagian perut lembu sahaja.
Kerbau bertiga ini telah menjalankan proses pengundian dan didapati kerbau yang bernama Comel kena menyeberang sungai dahulu.

Comel pun berjalan ke sungai dan tak sampai 5 minit kemudiannya, comel pun didapati telah hanyut dan mati kerana perutnya telah tercedera dan setelah pakar forensik membedah siasatnya, didapati punca kematiannya adalah kehilangan darah yg melampau.

Tibalah giliran kerbau yang kedua (setelah diundi juga) pula memcuba nasibnya, nama kerbau ini ialah Comit, nasib Comit juga nampaknya lebih kurang sama dengan Comel. Comit mati di tempat kejadian.

Kerbau yg ketiga diberi nama oleh tuan gembalanya sebagai Comote. Comote pernah menyertai Sukan Komanwel (for animal only). Comote dapat menyeberang sungai yg berbuaya itu dengan jayanya. 

Soalannya: pada pandangan anda kenapakah atau bagaimanakah Comote boleh berjaya menyeberangi sungai tersebut tanpa gagal seperti Comel dan Comit?

Sila jawab semua teka-teki diatas. Siapa dapat jawapan betul saya bagi hadiah!

Friday 11 October 2013

Misteri Asrama

Ikan derhaka yang dimamah bumi (gambar sekadar hiasan)

Bila saya tukar sekolah, lain pulak jadinya. Saya tak nampak makhluk-makhluk itu lagi tapi dua-tiga orang rakan nampak saya di tempat yang saya tak pernah lalu pun pada waktu itu.

Rakan saya melaporkan kepada saya tentang sikap sombong saya semasa mereka menjumpai 'saya' itu.

Saya tidak menegur mereka, malah menjawap pun tidak.
Sah lah itu bukan saya yang sebenarnya kerana pada ketika waktu yang disebutkan itu, saya tengah duduk dalam bilik sambil melukis, ataupun tengah buat aktiviti lain.

Tak tahu lah pula saya berjalan waktu tak tidur tapi dalam keadaan tak sedar. Tapi pada masa itu, saya buat tak tahu sahaja, mungkin dia nak berkenalan dengan kawan-kawan saya.
Saya rasa keadaan ni memang biasa berlaku, mungkin orang mengalaminya terutamanya orang yang ad ‘bela’ sesuatu.

Tapi berbeza dengan saya sebab cuma ada membela kucing, tapi saya tak bela dah pun, suka berak merata-rata: saya sudah post dekat mak saya untuk mendisplinkan kucing tersebut
Akhirnya, mak saya sayangkan kucing itu dan tak mahu pulangkan kepada saya balik.


Thursday 10 October 2013

Hantu Asrama

Semasa saya sekolah (saya tinggal di asrama dari umur 13 tahun), skolah saya ini sekolah yang dah agak lama, jadi macam lah kisah seram yang dapat dikumpulkan.

Saya sendiri pernah mengalaminya di mana pada satu hari, waktu tengah malam, saya terdengar satu suara kecil yang berbunyi begini " tak cukup lagi ke", saya tak tau lah apa yang tak cukup, suara itu kedengaran daripada dalam stor yang berkunci. 

Masa itu saya dalam berumur 14 tahun, takutnya saya hingga tak boleh tidur sampai pagi. Yang peliknya tidak ada seorang pun kawan sebilik yang bangun, terpaksalah saya menderita ketakutan seorang diri pada waktu itu.

Gambar sengaja ditampal

Tapi mungkin juga yang saya dengar itu suara kawan saya yang mengigau.

Lagi satu kejadian yang membuatkan saya menyampah ialah saya terdengar bunyi tapak kaki budak berlari dari tangga ke pintu bilik (bilik saya di tingkat satu) dan selepas itu dia ketuk pintu bilik itu sebanyak 3 kali. Ketukannya agak perlahan, bunyinya seperti datang dari tangan yang kecil sahaja.

Larian dan ketukan itu berulang sebanyak 3 kali (3 pusingan, turun naik tangga hingga ke pintu). Agak-agaknya makhluk apa lah yer?

Kemuncak kepada kejadian yang saya alami sepanjang saya berada di asrama itu ialah, pada satu tengah malam saya terbangun, Bila saya buka mata, saya nampak makhluk yang berselubung kepalanya dengan kain guni dan saya juga nampak bajunya berwarna merah seperti darah (saya tak pasti betulkah darah?). 

Tak tahu lah siapa yang saya nampak itu, dia berdiri tak bergerak-gerak di depan katil saya(bahagian kaki). Mungkin itu imaginasi saya atau mungkin juga benar.



Sebelum kejadian ini, saya cuma dengar sahaja pergerakannya tapi kali ini saya nampak pula, mungkin ‘dia’ nak berkenalan dengan lebih mesra.

Peristiwa makhluk yang tidak dikenalpasti ini tidak berakhir sewaktu saya di sekolah tersebut sahaja, ianya berlanjutan apabila saya bertukar sekolah. Nantikan sambungan kisah ini di posting yang berikutnya, Selamat Membaca!

Wednesday 9 October 2013

Taman Bunian

Saya nak cerita mengenai sesuatu yang mistik.
Adakah anda seorang yang mudah bertemu atau ternampak sesuatu yang misteri? Saya selalu, ini cerita saya:

Masa saya kanak-kanak, saya tergolong dalam golongan penakut terutamanya pada waktu malam. Kalau pergi mengaji dengan kakak saya, kami selalu berlari dari rumah Pak Sarip (guru mengaji) ke rumah kami masa balik mengaji.

Satu hari  saya dan kakak saya pergi berjalan-jalan dekat satu kawasan pembinaan perumahan yang berhampiran dengan hutan. Masa lalu dekat satu kawasan itu kami terpandang satu kawasan hutan bersebelahan dengan tempat pembinaan itu dan nampak satu kolam kecil yang ditengah-tengahnya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada taman dengan bunga semarak kuning berguguran di atas rumput yang menghijau yang dijaga rapi. 

Saya masih boleh membayangkan rupabentuk kawasan taman tersebut. Tapi saya tak nampak satu manusia pun dekat taman itu. Suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kawasan pembinaan tersebut. 

Benda yang menghalang saya dan kakak saya daripada sampai ke taman ialah kolam tersebut. Selepas melihat kawasan itu, kami bercadang pergi ke taman itu keesokkannya dengan melalui jalan yang sebelah lagi (yang kami jangka ada).

Esoknya, kami pergi lagi ke kawasan itu, tapi yang kami nampak cuma hutan, tak ada tanda-tanda pun ada jalan lain atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Kami pun malas lagi nak cari dan kami pun balik  ke rumah.

Setelah saya dewasa, barulah saya menyedari saya ini jenis yang senang nampak yang orang lain tak nampak. Tapi sehingga hari ini saya belum pernah (bukan nak riak, cuma pengakuan kisah benar) kena rasuk, histeria atau yang lain-lain seumpama dengannya.

Saya pernah membuat perkiraan huruf-huruf nama penuh saya dan saya dapat nombor 6, salah satu ciri orang yang bernombor 6 ini mudah ternampak makhluk halus (agaknya lah, bukan boleh percaya sangat).


Selepas ini saya akan ceritakan misteri yang saya alami selanjutnya, Selamat Membaca!


Gambar tak ada kaitan dengan cerita

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...