One More click

Monday 7 October 2013

Saya Seorang Pekerja


Aku seorang pekerja;


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku.

Aku keletihan kerana terlebih kerja, nak tau kenapa? 

Di bawah ini aku akan tunjukkan berserta bukti-buktinya kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku.

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak-kanak dibawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dan lain-lain).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja  yang kebanyakkan pergi kerja tapi tak buat kerja.(jangan marah-marah kenyataan mesti diterima)
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang ni nak kerja macam mana, tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak de kerja seperti surirumah, pekerja yang kena VSS, orang-orang tua, fresh graduate, kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan Kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital
swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah AKU DAN ENGKAU...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, baca weblog, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja lansung...

jadi tinggallah AKU sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... MANA AKU TAK LETIH!! GILA KAU !!!!

Jadi sedarlah sikit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku jugak!!!!!!! Ni surela malas sangat nak buat kerja....

p/s.catatan ini di ciluk drp e mail yg dihantar pada saya pada tahun 2004 bukan 2013, jadi jangan marah kalau statistiknya tak tepat.

Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...