One More click

Sunday 13 October 2013

Asrama-Pencuri Bawah Bantal

Gambar asrama yang pernah saya duduk waktu sudah bekerja


Malam-malam buta ini, saya teringat satu kisah yang menyakitkan hati waktu saya baru masuk tingkatan empat dekat sekolah anak-anak orang kaya.


Masa itu saya baru saja mendaftar sebagai Renjer Puteri, jadi kenalah beli baju seragam warna hijau muda. Saya pun bagitahu mak saya dan mak saya pun hantar duit melalui pos iaitu wang pos, zaman dulu-dulu mana ada 'internet banking' segala.



Ada hari tertentu akan ada van pos yang datang ke sekolah, jadi saya pun ajak lah seorang kawan se'dorm' dan kalau tak silap nama dia HUDA, temankan saya tukar wang pos dekat van merah pos tu. Huda tengok segala proses yang berlaku dan dia tahu saya ada banyak duit sebab mak saya baru hantar.



Saya tahu kalau duduk asrama kena hati-hati, wang kena jaga, kalau tidak boleh lesap. Jadi saya pun letakkan duit yang mak saya bagi itu dekat bawah bantal, tempat yang orang lain tak jangka. Memang duit saya selamat, siapa pun tak dapat nak curi. Tapi saya pula yang tak selamat.



Pada suatu hari, tiba-tiba ada 'spot check'. Ada anak dato' mana entah hilang 'walkman' dia yang harga ribu-raban. 'Warden' bongok yang di memanggil dirinya sebagai Bonda pun cepat-cepat suruh konco-konco tenuk dia untuk mengesan pencuri yang bertanggungjawab.



Kalau dah kena cari radio tu cari saja la radio yang nak sibuk cari benda lain tu apasal. Selepas selesai 'spot check', saya dipanggil oleh bonda bongok yang bahlul. 

Ada ke patut dia tuduh saya pencuri semata-mata sebab saya letak duit bawah bantal. Tenuk sangat ke saya kalau mencuri, lepas tu letak pulak hasil curian bawah bantal, lagipun yang hilang bukannya duit tapi radio, radio la Bonda, memang nama yang sangat tak sesuai dengan cikgu yang tak berapa cerdik. Ramai la pulak konco-konco Bonda bongok ni yang ikut je apa yang dia kata.



Untuk menegakkan benang yang kering, saya pun menjemput Huda untuk menjadi saksi kepada saya, bahawa duit yang ada bawah bantal saya itu adalah duit yang di kirim oleh mak saya. Tapi malangnya si Huda yang lebih tapir dari tenuk ini boleh pula mengkhianati saya. 

Dia boleh kata yang dia tak tau apa-apa. Masa itu saya rasa nak penerajang jer perut huda yang ala-ala putih dan sedikit gendut itu. Kalau yer pun tak mahu melibatkan diri jangan la sampai menginayai kawan.



Bonda bahlul siap temuramah saya pasal keluarga saya, mak bapa saya kerja apa, dan pelbagai soalan yang tak patut. Saya rasa sangat terhina kerana dituduh sebagai pencuri pada ketika itu.



Akhirnya setelah mendengar jawapan saya yang sangat jitu, saya dilepaskan dari tuduhan mencuri yang saya memang lansung tak buat. 

Tapi Huda, kao memang manusia paling tak guna yang pernah aku kenal. Aku harap kau menderita kerana kau suka mengkianati orang lain.



Owhhh! sungguh emosional saya malam ini.

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...