One More click

Wednesday 9 October 2013

Taman Bunian

Saya nak cerita mengenai sesuatu yang mistik.
Adakah anda seorang yang mudah bertemu atau ternampak sesuatu yang misteri? Saya selalu, ini cerita saya:

Masa saya kanak-kanak, saya tergolong dalam golongan penakut terutamanya pada waktu malam. Kalau pergi mengaji dengan kakak saya, kami selalu berlari dari rumah Pak Sarip (guru mengaji) ke rumah kami masa balik mengaji.

Satu hari  saya dan kakak saya pergi berjalan-jalan dekat satu kawasan pembinaan perumahan yang berhampiran dengan hutan. Masa lalu dekat satu kawasan itu kami terpandang satu kawasan hutan bersebelahan dengan tempat pembinaan itu dan nampak satu kolam kecil yang ditengah-tengahnya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada taman dengan bunga semarak kuning berguguran di atas rumput yang menghijau yang dijaga rapi. 

Saya masih boleh membayangkan rupabentuk kawasan taman tersebut. Tapi saya tak nampak satu manusia pun dekat taman itu. Suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kawasan pembinaan tersebut. 

Benda yang menghalang saya dan kakak saya daripada sampai ke taman ialah kolam tersebut. Selepas melihat kawasan itu, kami bercadang pergi ke taman itu keesokkannya dengan melalui jalan yang sebelah lagi (yang kami jangka ada).

Esoknya, kami pergi lagi ke kawasan itu, tapi yang kami nampak cuma hutan, tak ada tanda-tanda pun ada jalan lain atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Kami pun malas lagi nak cari dan kami pun balik  ke rumah.

Setelah saya dewasa, barulah saya menyedari saya ini jenis yang senang nampak yang orang lain tak nampak. Tapi sehingga hari ini saya belum pernah (bukan nak riak, cuma pengakuan kisah benar) kena rasuk, histeria atau yang lain-lain seumpama dengannya.

Saya pernah membuat perkiraan huruf-huruf nama penuh saya dan saya dapat nombor 6, salah satu ciri orang yang bernombor 6 ini mudah ternampak makhluk halus (agaknya lah, bukan boleh percaya sangat).


Selepas ini saya akan ceritakan misteri yang saya alami selanjutnya, Selamat Membaca!


Gambar tak ada kaitan dengan cerita

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...