One More click

Sunday 6 October 2013

Hobi Saya Memancing

Saya tak pernah memancing di sini

Saya suka memancing walaupun saya seorang perempuan.  Sejak kanak-kanak lagi saya gemar pergi memancing dengan sepupu-sepapat  saya. 

Pada saya memancing ini memberi keseronokan terutamanya bila menarik ikan dan keduanya kedamaian bila melihat air mengalir sambil menghayati bunyi-bunyian alam sekitar yang mengundang bibit-bibit cintakan alam sekitar dalam jiwa saya.

Dulu-dulu saya memancing gunakan buluh, itupun abah saya yang carikan. Selalunya dalam kumpulan memancing saya, saya seorang sahaja perempuan, kalau saya ajak kakak saya, dia buat tak tahu sahaja, kalau ajak adik lelaki saya pula, dia kata buang masa, "tak penah dapat ikan pun".

Umpan yang saya gunakan dulu cuma cacing tanah yang saya cari dekat longkang belakang rumah. Saya tak geli pegang cacing tapi saya paling geli pegang katak. Jadi saya tak boleh l memancing ikan haruan.
Tapi saya pernah menangkap beberapa ekor haruan tanpa menggunakan umpan katak.

Saya pernah menangkap sekor dengan umpan cengkerik dan beberapa ekor lagi dengan umpan campuran tepung dan dedak. Seingat saya, saya tak pernah dapat makan seekor pun daripada ikan haruan yang saya tangkap kerana beberapa peristiwa berlaku pada ikan tersebut.


Ada yang mati dan busuk sebelum sempat digoreng, ada yang terlepas masuk ke saluran kumbahan dan ada yang meninggal ditangkap oleh kucing saya yang bernama  Misai.

Ya, saya pernah memancing di sini

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...