One More click

Thursday 10 October 2013

Hantu Asrama

Semasa saya sekolah (saya tinggal di asrama dari umur 13 tahun), skolah saya ini sekolah yang dah agak lama, jadi macam lah kisah seram yang dapat dikumpulkan.

Saya sendiri pernah mengalaminya di mana pada satu hari, waktu tengah malam, saya terdengar satu suara kecil yang berbunyi begini " tak cukup lagi ke", saya tak tau lah apa yang tak cukup, suara itu kedengaran daripada dalam stor yang berkunci. 

Masa itu saya dalam berumur 14 tahun, takutnya saya hingga tak boleh tidur sampai pagi. Yang peliknya tidak ada seorang pun kawan sebilik yang bangun, terpaksalah saya menderita ketakutan seorang diri pada waktu itu.

Gambar sengaja ditampal

Tapi mungkin juga yang saya dengar itu suara kawan saya yang mengigau.

Lagi satu kejadian yang membuatkan saya menyampah ialah saya terdengar bunyi tapak kaki budak berlari dari tangga ke pintu bilik (bilik saya di tingkat satu) dan selepas itu dia ketuk pintu bilik itu sebanyak 3 kali. Ketukannya agak perlahan, bunyinya seperti datang dari tangan yang kecil sahaja.

Larian dan ketukan itu berulang sebanyak 3 kali (3 pusingan, turun naik tangga hingga ke pintu). Agak-agaknya makhluk apa lah yer?

Kemuncak kepada kejadian yang saya alami sepanjang saya berada di asrama itu ialah, pada satu tengah malam saya terbangun, Bila saya buka mata, saya nampak makhluk yang berselubung kepalanya dengan kain guni dan saya juga nampak bajunya berwarna merah seperti darah (saya tak pasti betulkah darah?). 

Tak tahu lah siapa yang saya nampak itu, dia berdiri tak bergerak-gerak di depan katil saya(bahagian kaki). Mungkin itu imaginasi saya atau mungkin juga benar.



Sebelum kejadian ini, saya cuma dengar sahaja pergerakannya tapi kali ini saya nampak pula, mungkin ‘dia’ nak berkenalan dengan lebih mesra.

Peristiwa makhluk yang tidak dikenalpasti ini tidak berakhir sewaktu saya di sekolah tersebut sahaja, ianya berlanjutan apabila saya bertukar sekolah. Nantikan sambungan kisah ini di posting yang berikutnya, Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...