One More click

Tuesday 8 October 2013

Cara-Cara Menangani Hantu

Ini bukan gambar hantu

Cara-cara nak handle hantu 

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ini memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu buka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ini suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia bosan.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Ini pun saya dapat dari email pada tahun 2004.

Selamat kembali ke arkib Negara & Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...