One More click

Thursday 17 October 2013

Misteri Tasik Layang-Layang

Sambungan dari entri Misteri Asrama.

Setelah habis belajar dekat sekolah orang kaya itu, saya  dah tak pernah nampak-nampak atau  jumpa-jumpa atau seumpama dengannya sewaktu saya sambung belajar.
 
Bila saya mula kerja dekat Johor (dekat sana banyak hantu kot), episod-episod seram bermula lagi. Masa saya kerja dekat Pasir Gudang, saya duduk rumah sewa dekat Taman Mawar yang dekat dengan tempat orang main layang-layang.
 
Bila cuti, saya rajin jalan-jalan dekat tasik itu dengan kawan-kawan serumah. Salah seorang kawan saya tu ada seorang rakan yang abangnya pernah lemas dekat tasik itu dan meninggal dunia. Pada saya tasik tu cantik. saya suka duduk dekat bangku tepi tasik tu.
 
Ini bukan gambar tasik layang-layang
Satu petang, saya duduk dengan kawan saya (berdua) dekat satu bangku kesukaan saya, saya pandang dekat tengah-tangah tasik dan saya nampak satu objek berbentuk kiub  yang saiznya lebih kurang kotak TV, timbul dekat tengah tasik tu, saya tanya kawan saya, dia nampak tak? Dia kata dia tak nampak apa apa. Pada masa tu, saya anggap sahaja yang  saya tersalah nampak.

Hari yang lain kitorang pergi memancing pula, tapi tak dapat ikan,bosan betul. Selain daripada kami yang memancing ada juga dua-tiga kumpulan lain. Salah satu kumpulan itu terdiri daripada mamat-mamat Indon. Bila mereka lihat saya tak dapat ikan, mereka dermakan salah seekor ikan yang masih hidup yang diletakkan dalam balang kepada saya. Saya bawa balik dan simpan ikan itu.
 
Malam itu saya tidur bertiga dekat ruang tamu, bawah kipas. Tengah malam itu saya tersedar (tapi tak buka mata lagi), saya rasa ada orang peluk saya (bukan himpit).

Saya yakin yang terpeluk saya tu ialah salah seorang rakan yang tidur sebelah saya. Dia ni mmg terkenal dengan tidurnya yang sungguhlah lasak. Saya bercadang nak buka mata dan marahkan dia.
Tapi.........Jeng! Jeng! Jeng!

Bila saya buka mata, yang saya nampak adalah 'sesuatu' yang berwarna putih, bahagian kepala atau mukanya berwarna kelabu (tak nampak rupa bentuknya) dan mengeluarkan bunyi seperti bunyi hembusan angin yang sangat kuat (bukan bunyi kipas), disamping itu kedua tangannya (atau apa-apa yangh dia ada), menekan kedua belah bahu saya dengan sangat kuat.
 
Saya pun apa lagi, mulalah membaca ayat Kursi sepenuh hati dan perasaan, akhirnya makhluk tu hilang bersama bunyiannya itu.

Saya pun segera bangun dan periksa seluruh rumah, belakang pintu dalam bilik air dan saya juga periksa sama ada pintu depan belakang berkunci atau tidak. Ini semua kerana saya ingatkan ada pencuri yang masuk ke rumah.
 
Hasilnya, saya dapati semua pintu berkunci termasuklah grillnya skali dan tak ada orang menyorok dekat mana pun, yang ada cuma rakan-rakan saya yang tidur dengan tersangatlah lenanya.

Sebenarnya, sekiranya seseorang itu selalu berhadapan dengan situasi sebegini, dia akan menjadi lebih berani. Sehinggakan saya berani jalan sorang2 pukul 2 - 3 pagi masa balik kerja (masa dulu la, sekarang tak buat dah). Kalau tak percaya cubalah jumpa dengan mana-mana makhluk halus.

No comments:

Post a Comment

Doniya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...